Bantuan persekolahan 2018 Pada 5/02/2018 - telah diagihkan bantuan khas awal persekolahan 1 Malaysia. Bertempat di kantin SK Lendu. Majlis diserikan dengan kedatangan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu iaitu Datuk Hj Sulaiman bin Mohd Ali. .
Pada 21 hb Mei 2009 ( Khamis ) Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Lendu telah mengadakan Program Motivasi Murid Tahun 6. Penceramah yang diundang adalah Yang Berbahagia Dr. Rozey b. Hj. Baba. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan peningkatan murid dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah kerana telah berjaya menganjurkan Program Motivasi ini terutamanya kepada Pn. Zashila bte Aziz.
Pihak SK Lendu ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mazli Bin Malek di atas perlantikannya sebagai Penyelia Pra Sekolah di Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah mulai September 2012. Semoga beliau sukses dan tabah dalam menjalankan tugas-tugas barunya di PPD Alor Gajah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan beliau sepanjang berkhidmat di SK Lendu.
Comments