Posts

Showing posts from April 26, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA ULANGTAHUN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Image
Pada 24hb April 2010 bersamaan hari Sabtu pihak sekolah telah menghantar wakil dalam Pertandingan Mewarna Sempena Ulangtahun Majlis Perbandaran Alor Gajah. Alhamdulillah wakil kita iaitu adik Nur Suriya Bte Sabaruddin dari Tahun 6 Arif telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut. Seluruh warga SK Lendu mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau.

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS MINGGU 3 BULAN APRIL 2010

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 3 bulan April Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 2 Bestari dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Bestari. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Md. Nasir Bin Md. Said. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 2 Bestari Kelas 4 Bestari