Posts

Showing posts from August, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52

Image
Warga SK lendu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52...kepada semua rakyat Malaysia........Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!.....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

H1N1

Image
INFLUENZA A ( H1NI ) Influenza A ( H1N1) adalah penyakit akut yang berjangkit daripada manusia kepada manusia. TANDA-TANDA : Demam - Batuk - Sakit Tekak -Sakit Kepala - Sakit-sakit Badan - Sesak Bernafas - Kurang selera makan - badan berasa sejuk dan lesu. CARA JANGKITAN : Permukaan yang dicemari virus Influenza A (H1N1) - Hubungan langsung dengan manusia yang dijangkiti PENCEGAHAN DAN CARA PERLINDUNGAN DIRI Tutup mulut & hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang tercemar Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah Pakai penutup mulut dan hidung (mask) ketika dijangkiti Influenza A (H1N1) Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A (H1N1) Dapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mempunyai tanda-tanda Influenza A (H1N1

PROGRAM BAHASA INGGERIS BERSAMA UiTM LENDU

Image
Pada 1hb Ogos 2009 ( Sabtu ) bertempat di SK Lendu. Satu program Bahasa Inggeris telah dijalankan oleh pihak sekolah bersama pihak UiTM Lendu. Program tersebut telah disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 iaitu seramai 60 orang. Manakala pihak UiTM Lendu pula diwakili oleh pensyarah dan pelajar-pelajar jurusan TESL. Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan murid-murid SK Lendu. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dan program tersebut berakhir pada jam 4.30 petang.

PROGRAM RIMUP 2009

Image
Pada 3ohb Julai 2009 ( Khamis ) SK Lendu telah menjalankan Program RIMUP bersama SKJC Lendu. Program tersebut telah dijalankan di SJKC Lendu. Murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 5. Antara aktiviti yangdijalankan ialah aktiviti kuiz, mewarna dan lain-lain lagi. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kaum dan program ini telah dijalankan dengan sempurnanya.