Posts

Showing posts from 2013

TAHNIAH............KEJAYAAN MEWAKILI NEGERI MELAKA KE PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Image
Tahniah diucapkan kepada adik Aisyhah Ajlaa (tahap 1 ) dan adik Umi Umairah Alias ( tahap 2 ) kerana berjaya mengharumkan nama SK Lendu dalam pertandingan bercerita yang telah diadakan baru-baru ini. Mereka berdua sebelum ini menjadi johan bercerita peringkat Kawasan Alor Gajah dan telah dipilih bertanding di peringkat negeri. Hasilnya adalah sangat membanggakan di mana adik AIsyhah Ajlaa telahpun dinobatkan sebagai Johan kategori bercerita tahap 1 peringkat Negeri Melaka 2013.  Manakala adik Umi Umairah Alias telah mendapat tempat kelima. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.  Tidak lupa juga kepada 2 orang guru yang telah menyumbangkan idea dan masa mengasah bakat murid-murid ini iaitu Cikgu Soproh dan Cikgu Anasuzza.  Adik Aisyhah Ajlaa menerima hadiah sijil dan piala pusingan daripada Guru Besar SKL Adik Umi Umairah Alias menerima sijil dan piala drpd Guru Besar SKL

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Image

MAKLUMAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Image

GURU DAN STAF SK LENDU 2013

Image

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2013

Image

TAHNIAH KEPADA GURU DAN PELAJAR SK LENDU YANG TELAH MENJADI JOHAN BERCERITA TAHAP 1 DAN 2 PERINGKAT KAWASAN ALOR GAJAH 2013

Image
Bersama guru pengiring Cikgu Anasuzza dan Cikgu Soproh. Wajah ceria setelah berjaya menjadi johan.

PENGELOLA MAJLIS TILAWAH QURAN PERINGKAT KAWASAN ALOR GAJAH

Image
Tahun 2013 merupakan tahun yang agak sibuk kepada semua barisan guru dan staf sokongan. ini kerana pada tahun ini SK Lendu telah dipilih bagi mengelolakan 2 program iaitu Pertandingan Bola Sepak dan Majlis Tilawah Al-Quran Bagi Kawasan Alor Gajah. Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) kawasan Alor Gajah telah diadakan pada 13 April 2013 ( Sabtu ) bertempat di SK Lendu. sebanyak 35 buah sekolah di kawasan Alor Gajah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tilawah, hafazan dan bercerita pada kali ini.Pihak pengurusan sekolah di bantu oleh semua guru dan staf sokongan telah berusaha dengan sebaik mungkin bagi memastikan perjalanan program ini lancar dan meriah. Di bawah ini adalah sebahagian gambar yang sempat dirakamkan oleh admin untuk tatapan anda semua.   

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAMP TAHUN 2013

Image
Barisan pentadbir dan YDP PIBG SK Lendu, En Yahya Bin Endut. Guru Besar sedang menyampaikan amanat kepada ibu bapa Ibu bapa khusyuk mendengar amanat dari Guru Besar Barisan sebahagian guru kelas yang komited menjalankan tugas

KEJOHANAN BOLA BALING KAWASAN ALOR GAJAH 2013

Image
Pada tahun ini,pasukan bola baling SK Lendu telah menghantar 2 pasukan utama ke pertandingan bola baling kawasan Alor Gajah bertempat di SMK Naning. Kejohanan ini diadakan pada 18 -  19 April 2013. Di peringkat kumpulan, pasukan bola baling lelaki dan perempuan menjadi naib juara dan juara kumpulan. Mereka layak ke perlawanan suku akhir yang dijalankan pada hari Jumaat( 19 April 2013 ).   Kecemerlangan dan kesungguhan telah ditunjukkan oleh pasukan lelaki dan perempuan apabila mara mudah ke perlawanan separuh akhir dengan menewaskan lawan masing-masing. Walaubagaimanapun, pasukan bola baling lelaki dan wanita tersekat di separuh akhir. Bagi penentuan tempat ke 3, pasukan bola baling lelaki telah menenanginya manakala pasukan bola baling perempuan tewas dan mendapat tempat ke 4.    Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah di atas pencapaian yang telah ditunjukkan. Sekalung ucapan tahniah juga kepada barisan jurulatih yang terdiri daripada Cikgu

MAKLUMAN SARINGAN 1 LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) MENULIS TAHUN 2013

Image