Posts

Showing posts from March 2, 2010

MAJLIS PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG 2010

Image
Pihak Badan Kebajikan & Kelab Staf SK Lendu telah mengadakan Majlis Perpisahan Dan Selamat Datang pada 01 Mac 2010 ( Isnin ) jam 3.00 petang bertempat di Everly Resort Hotel Melaka. Majlis ini diadakan bagi meraikan mantan guru besar sekolah ini iaitu Pn. Normah bte Ismail yang telah bertukar ke SK Ramuan China Kecil, En. Azlan yang bertugas ke SK Dato Naning, Encik Abd Hamid ( Staf Sokongan ) yang telah ditamatkan kontraknya. Begitu juga dengan Selamat Datang kepada Guru Besar SK Lendu yang baru iaitu Tn. Hj. Md Nasir b. Md Said, GPK 1 Tn. Hj. Mat Jelan B. Saadan dan Encik Asmawi. Majlis berlangsung dengan penuh meriah sekali....