Posts

Showing posts from April, 2013

PENGELOLA MAJLIS TILAWAH QURAN PERINGKAT KAWASAN ALOR GAJAH

Image
Tahun 2013 merupakan tahun yang agak sibuk kepada semua barisan guru dan staf sokongan. ini kerana pada tahun ini SK Lendu telah dipilih bagi mengelolakan 2 program iaitu Pertandingan Bola Sepak dan Majlis Tilawah Al-Quran Bagi Kawasan Alor Gajah. Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) kawasan Alor Gajah telah diadakan pada 13 April 2013 ( Sabtu ) bertempat di SK Lendu. sebanyak 35 buah sekolah di kawasan Alor Gajah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tilawah, hafazan dan bercerita pada kali ini.Pihak pengurusan sekolah di bantu oleh semua guru dan staf sokongan telah berusaha dengan sebaik mungkin bagi memastikan perjalanan program ini lancar dan meriah. Di bawah ini adalah sebahagian gambar yang sempat dirakamkan oleh admin untuk tatapan anda semua.   

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAMP TAHUN 2013

Image
Barisan pentadbir dan YDP PIBG SK Lendu, En Yahya Bin Endut. Guru Besar sedang menyampaikan amanat kepada ibu bapa Ibu bapa khusyuk mendengar amanat dari Guru Besar Barisan sebahagian guru kelas yang komited menjalankan tugas

KEJOHANAN BOLA BALING KAWASAN ALOR GAJAH 2013

Image
Pada tahun ini,pasukan bola baling SK Lendu telah menghantar 2 pasukan utama ke pertandingan bola baling kawasan Alor Gajah bertempat di SMK Naning. Kejohanan ini diadakan pada 18 -  19 April 2013. Di peringkat kumpulan, pasukan bola baling lelaki dan perempuan menjadi naib juara dan juara kumpulan. Mereka layak ke perlawanan suku akhir yang dijalankan pada hari Jumaat( 19 April 2013 ).   Kecemerlangan dan kesungguhan telah ditunjukkan oleh pasukan lelaki dan perempuan apabila mara mudah ke perlawanan separuh akhir dengan menewaskan lawan masing-masing. Walaubagaimanapun, pasukan bola baling lelaki dan wanita tersekat di separuh akhir. Bagi penentuan tempat ke 3, pasukan bola baling lelaki telah menenanginya manakala pasukan bola baling perempuan tewas dan mendapat tempat ke 4.    Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah di atas pencapaian yang telah ditunjukkan. Sekalung ucapan tahniah juga kepada barisan jurulatih yang terdiri daripada Cikgu

MAKLUMAN SARINGAN 1 LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) MENULIS TAHUN 2013

Image