PROGRAM MOTIVASI BERSAMA DR.ROZEY

Pada 21 hb Mei 2009 ( Khamis ) Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Lendu telah mengadakan Program Motivasi Murid Tahun 6. Penceramah yang diundang adalah Yang Berbahagia Dr. Rozey b. Hj. Baba. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan peningkatan murid dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi.  Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah kerana telah berjaya menganjurkan Program Motivasi ini terutamanya kepada Pn. Zashila bte Aziz.

Comments

Anonymous said…
salam.
sdr mohd. rozey baba tidak wajar menggunakan title dr. ijazah pertama pun beliau tak ada.
tk
salam..sejak dari dulu..saya amat menyokong usaha Dr.Rozey baba..beliau telah banyak bekerja keras mendidik anak bangsa,sehingga berjaya..tq..
Anonymous said…
setuju dengan cahaya..
Anonymous said…
Salam.
Pls don,t get me wrong. Usaha beliau cantik. Kan lebih cantik kalau jujur sebenar-benarnya. Kebenaran tidak perlu ditampalkan kepada gelaran dr
tn haji kassim said…
kekadang kita manusia ni terlalu sibuk menjaga orang lain tanpa lihat diri sendiri dan tentang sumbangan apa yang telah kita lakukan..sebab tu la ramai orang yang gagal dan sesat kerana masih wujudnya manusia yang sering mencari dan mempertikaikan usaha seseorang..saya berterima kasih pada dr rozey kerana telah banyak berusaha menasihati anak saya yang akhirnya berjaya dengan izin allah,biar sapa pun beliau,itu bukan ukuranya..tapi kenapa u yang nampak2 sangat lebih2..seolah2 u sentiasa tahu dan bersama beliau saban hari..sudah2 la tu..
khairmy hassan said…
kita sudah merdeka..tapi masih ramai yang permikirannya masih mundur..mencari peluang mengupas dan menjatuhkan aib orang lain..di negara barat,mereka yang berjaya,bukan dikalangan orang yang memiliki dip,ijazah mahu pun PhD..tapi negara barat lebih meniti beratkan apa yang mereka ciptakan atau sumbangkan,sebab tu la negara barat lebih maju dan berjaya..sedih dengan perangai orang kita..
pn mariah said…
jangan biarkan melayu terus layu dengan adanya sikap orang melayu yang suka menjaga tepi kain orang..
suraya salleh said…
saya sentiasa menyokong usaha dr rozey..
Anonymous said…
tak kiralah dia sewa ke dia beli ke dia pajak ke tittle tu yang penting apa yang telah dia buat untuk kita anak anak orang melayu (majoritinya),apa ada pada ijazah kalau minda macam budak sekolah rendah
Anonymous said…
Nak tau kenapa Rozey dapat title Dr? Sebab dia buat degree BA (Bachelour of Arts) 2 X, tu nama dia Rozey BA, BA... Tak perlu buat Master of Arts terus daat PhD... dR Rozey BABA
marina said…
Ilmu beliau yg penting..dan disanjungi..malah dapat merubah seluruh kehidupan ank sy..syukur alhamdullilah..
Anonymous said…
Sokong dr rozey..tq dr..

Popular posts from this blog

GAMBAR GURU DAN MURID 2016

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2017