Posts

Showing posts from May 19, 2009

TAHNIAH SK LENDU KE PERINGKAT AKHIR SUDUT PPDa

Image
Tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir dan Unit Bahagian Pencegahan Dadah SK Lendu terutamanya kepada Pn. Suzana bte Zainal Abidin kerana telah terpilih ke peringkat akhir Pertandingan Sudut PPDa Peringkat Negeri Melaka. Pada hari ini iaitu 19 hb Mei 2009 ( Selasa ) sekolah ini telah didatangi oleh 4 orang Pegawai Penilai dari Jabatan Pelajaran Melaka untuk menilai sudut PPDa sekolah. Diharapkan sudut PPDa sekolah ini akan menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Para guru sedang menyiapkan sudut PPDa Pn. Suzana sedang memberi penerangan kepada Pegawai Penilai Sesi soal jawab Guru Besar memberikan sedang memberi penerangan kepada Pegawai Penilai

PEPERIKSAAN SELARAS JABATAN PELAJARAN MELAKA

Image
Pada minggu ini murid tahun 6 SK Lendu menjalani Peperiksaan Selaras Jabatan Pelajaran Melaka. Peperiksaan ini dijalankan pada 19, 20 dan 21hb Mei 2009 iaitu pada hari Selasa, Rabu, dan Khamis. Pihak sekolah mengharapkan agar murid-murid tahun 6 dapat menjawab soalan dengan tenang dan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Pihak sekolah juga berdoa agar murid-murid tahun 6 memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Image
Sekolah Kebangsaan Lendu tidak ketinggalan untuk mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan ini diadakan pada pada hari Isnin bersamaan 18 Mei 2009. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah Perhimpunan Khas Hari Guru, Permainan antara guru dan murid, sukaneka antara guru dan juga jamuan. Alhamdulillah majlis sambutan telah berjalan dengan meriah dan lancar. Akhir kata "SELAMAT HARI GURU" Acara Sambutan Hari Guru