Posts

Showing posts from March, 2010

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU 3 MAC

Image
Kelas 4B Kelas 3 A Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 3 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Bestari. Hadiah telah disampaikan oleh GPK 1 Tn Hj. Mat Jelan B. Saadan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2010

Image
Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada 27 Mac 2010 ( Sabtu ). Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Banyak acara yang diadakan . Antaranya ialah perarakan, ceramah agama dan juga memasak bubur asyura. Program ini diadakan dengan penuh meriah sekali. Tahniah kepada semua warga SK Lendu atas kerjasama yang diberikan.

Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas Minggu 2 Bulan Mac

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 2 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 2 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 6 Arif. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Tn. Hj. Md Nasir b. Md Said. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 2 Arif Kelas 6 Arif

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6 2010

Image
Pihak sekolah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR untuk murid-murid Tahun 6. Bengkel ini diadakan pada 13, 15, 16, dan 17hb Mac ( Sabtu, Isnin, Selasa dan Rabu ). Penceramah dari luar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah untuk persediaan murid-murid Tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Diharapkan dengan adanya bengkel ini murid-murid Tahun 6 dapat menerima maklumat-maklumat baru serta membuat persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

SELAMAT BERCUTI

Image
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga SK Lendu sempena Cuti Pertengahan Penggal. Sekolah akan bercuti pada 13hb Mac hingga 21hb Mac 2010.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK LENDU 2010

Image
Pada hari Selasa 9 Mac 2010, telah berlangsungnya temasya olahraga tahunan Sekolah Kebangsaan Lendu. Temasya yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang itu berlansung di padang SK Lendu. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Yang Di Pertua PIBG sekolah iaitu Encik Yahya Bin Indot dan perasmian penutup dilakukan oleh Pegawai Pelajaran Derah Alor Gajah. Pada tahun ini, Rumah Kuning telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dikuti rumah Biru sebagai naib juara seterusnya rumah Hijau dan Merah. Olahragawan dan olahragawati 2010 pula masing-masing disandang oleh adik Amir Najmudin dan adik Haziqah, kedua-duanya dari rumah Hijau. Tahniah kepada semua yang menjayakan temasya ini terutama kepada AJK PIBG yang yang turun padang sebagai pegawai sukan jemputan, para penderma, ibu bapa dan semua peserta serta para guru. Semoga berjumpa lagi pada temasya yang akan datang.

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU 1 MAC 2010

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 1 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3 Bestari dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Bestari. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Tn. Hj. Md Nasir b. Md Said. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 3 Bestari Kelas 4 Bestari

MAJLIS PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG 2010

Image
Pihak Badan Kebajikan & Kelab Staf SK Lendu telah mengadakan Majlis Perpisahan Dan Selamat Datang pada 01 Mac 2010 ( Isnin ) jam 3.00 petang bertempat di Everly Resort Hotel Melaka. Majlis ini diadakan bagi meraikan mantan guru besar sekolah ini iaitu Pn. Normah bte Ismail yang telah bertukar ke SK Ramuan China Kecil, En. Azlan yang bertugas ke SK Dato Naning, Encik Abd Hamid ( Staf Sokongan ) yang telah ditamatkan kontraknya. Begitu juga dengan Selamat Datang kepada Guru Besar SK Lendu yang baru iaitu Tn. Hj. Md Nasir b. Md Said, GPK 1 Tn. Hj. Mat Jelan B. Saadan dan Encik Asmawi. Majlis berlangsung dengan penuh meriah sekali....

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010

Image
Pihak sekolah telah mengadakan satu program iaitu Majlis Pelancaran Program NILAM bagi tahun 2010 yang mana telah dirasmikan oleh NYDP PIBG SK Lendu iaitu Encik Baharim Bin Samuri. Program ini telah diadakan pada 1 Mac 2010 ( Isnin ), bermula pada pukul 7.45 pagi dan bertempat di Dataran SK Lendu.