TAHNIAH............KEJAYAAN MEWAKILI NEGERI MELAKA KE PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Tahniah diucapkan kepada adik Aisyhah Ajlaa (tahap 1 ) dan adik Umi Umairah Alias ( tahap 2 ) kerana berjaya mengharumkan nama SK Lendu dalam pertandingan bercerita yang telah diadakan baru-baru ini. Mereka berdua sebelum ini menjadi johan bercerita peringkat Kawasan Alor Gajah dan telah dipilih bertanding di peringkat negeri. Hasilnya adalah sangat membanggakan di mana adik AIsyhah Ajlaa telahpun dinobatkan sebagai Johan kategori bercerita tahap 1 peringkat Negeri Melaka 2013.  Manakala adik Umi Umairah Alias telah mendapat tempat kelima. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.  Tidak lupa juga kepada 2 orang guru yang telah menyumbangkan idea dan masa mengasah bakat murid-murid ini iaitu Cikgu Soproh dan Cikgu Anasuzza. 

Adik Aisyhah Ajlaa menerima hadiah sijil dan piala pusingan daripada Guru Besar SKL
Adik Umi Umairah Alias menerima sijil dan piala drpd Guru Besar SKL

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA DR.ROZEY

GAMBAR GURU DAN MURID 2016

Tahniah di atas perlantikan sebagai Penyelia Pra Sekolah PPD Alor Gajah.