KEJOHANAN BOLA BALING KAWASAN ALOR GAJAH 2013

Pada tahun ini,pasukan bola baling SK Lendu telah menghantar 2 pasukan utama ke pertandingan bola baling kawasan Alor Gajah bertempat di SMK Naning. Kejohanan ini diadakan pada 18 -  19 April 2013. Di peringkat kumpulan, pasukan bola baling lelaki dan perempuan menjadi naib juara dan juara kumpulan. Mereka layak ke perlawanan suku akhir yang dijalankan pada hari Jumaat( 19 April 2013 ).

 

Kecemerlangan dan kesungguhan telah ditunjukkan oleh pasukan lelaki dan perempuan apabila mara mudah ke perlawanan separuh akhir dengan menewaskan lawan masing-masing. Walaubagaimanapun, pasukan bola baling lelaki dan wanita tersekat di separuh akhir. Bagi penentuan tempat ke 3, pasukan bola baling lelaki telah menenanginya manakala pasukan bola baling perempuan tewas dan mendapat tempat ke 4. 

 

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah di atas pencapaian yang telah ditunjukkan. Sekalung ucapan tahniah juga kepada barisan jurulatih yang terdiri daripada Cikgu Amiza dan En Aidiel Fikri ( Pelajar UiTM Lendu ) yang telah berusaha melatih dan menerapkan skill permainan bola baling sebenar. Diharap kita akan mencabar kejuaraan pada masa akan datang. 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA DR.ROZEY

GAMBAR GURU DAN MURID 2016

Tahniah di atas perlantikan sebagai Penyelia Pra Sekolah PPD Alor Gajah.