Seluruh warga SK Lendu mengucapkan tahniah kepada semua warga kerja Sudut PPDa SK Lendu kerana telah mendapat tempat ke tiga dalam daerah Alor Gajah . Terutamanya kepada Pn. Suzana bte Zainal Abidin dan ahli jawatan kuasa yang lain atas kerja keras mereka untuk memperindahkan sudut tersebut. Tahniah sekali lagi diucapkan.
Pada 21 hb Mei 2009 ( Khamis ) Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Lendu telah mengadakan Program Motivasi Murid Tahun 6. Penceramah yang diundang adalah Yang Berbahagia Dr. Rozey b. Hj. Baba. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan peningkatan murid dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah kerana telah berjaya menganjurkan Program Motivasi ini terutamanya kepada Pn. Zashila bte Aziz.
Comments