SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH AWAL Sekolah Kebangsaan Lendu, diasaskan oleh Datuk Penghulu Kassim bin Hj.Kasan. Nama sekolah Kebangsaan Lendu ini diambil bersempena dengan nama sejenis ikan yang dipanggil 'Ikan Lundu' Di suatu ketika dahulu ikan ini banyak terdapat di dalam sungai di kampung ini. SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH. a. Bangunan sebelum merdeka. Bangunan sekolah yang pertama didirikan dalam tahun 1928 mengandungi 3 bilik darjah dengan keluasan 80 kaki x 20 kaki persegi. Merupakan bangunan separuh kekal. Terdapat juga sebuah rumah guru. Tenaga pengajar ketika itu seramai 4 orang dan muridnya seramai 80 orang. b. Bangunan selepas merdeka. Bangunan baru telah didirikan dalam tahun 1973 / 1974 iaitu bangunan kekal . Mengandungi 6 bilik darjah, 1 bilik guru, 1 pejabat, kantin, setor, tandas murid dan guru, pagar sekolah dan bekalan air paip. Pada tahun 2004, kerajaan telah meluluskan pembinaan makmal komputer. Makmal komputer ini dilengkapi dengan 13 buah komputer beserta rangkaian internet bagi pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Makmal komputer ini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Januari 2006. Pada tahun 2006 jumlah murid telah meningkat iaitu seramai 345 orang murid, 26 orang tenaga pengajar dan 3 orang guru J-Qaf. Murid-murid Tahun 1 berpeluang menghadiri kelas J-Qaf yang mula diperkenalkan pada awal tahun. Pada penghujung tahun 2007 pula sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk Pusat Akses. Sebanyak 10 buah komputer telah dibekalkan bagi kegunaan murid, guru dan komuniti luar. Pusat Akses ini mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2008. Pada tahun 2009 bilangan murid seramai 360 orang. Kelas pemulihan telah berpindah ke bilik darjah yang lebih selesa. Bilangan kelas menjadi 13 kelas. Dengan prasarana yang ada adalah diharapkan warga sekolah dapat menikmati kemudahan yang disediakan.

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA DR.ROZEY

GAMBAR GURU DAN MURID 2016

Tahniah di atas perlantikan sebagai Penyelia Pra Sekolah PPD Alor Gajah.