Posts

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH AWAL Sekolah Kebangsaan Lendu, diasaskan oleh Datuk Penghulu Kassim bin Hj.Kasan. Nama sekolah Kebangsaan Lendu ini diambil bersempena dengan nama sejenis ikan yang dipanggil 'Ikan Lundu' Di suatu ketika dahulu ikan ini banyak terdapat di dalam sungai di kampung ini. SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH . a. Bangunan sebelum merdeka. Bangunan sekolah yang pertama didirikan dalam tahun 1928 mengandungi 3 bilik darjah dengan keluasan 80 kaki x 20 kaki persegi. Merupakan bangunan separuh kekal. Terdapat juga sebuah rumah guru. Tenaga pengajar ketika itu seramai 4 orang dan muridnya seramai 80 orang. b. Bangunan selepas merdeka. Bangunan baru telah didirikan dalam tahun 1973 / 1974 iaitu bangunan kekal . Mengandungi 6 bilik darjah, 1 bilik guru, 1 pejabat, kantin, setor, tandas murid dan guru, pagar sekolah dan bekalan air paip. Pada tahun 2004, kerajaan telah meluluskan pembinaan makmal komputer. Makmal komputer ini dilengkapi dengan 13 buah komputer beserta rangkaia...

Lokasi SK Lendu

Image
Sekolah Kebangsaan Lendu terletak di tengah-tengah Kampung Lendu,dalam daerah Alor Gajah. Jarak 7km dari pekan Alor Gajah, 8 km dari Pekan Masjid Tanah dan 28 km dari Bandar Melaka. Keluasan sekolah 4 ekar 2r 04 p.

ANALISA PENCAPAIAN UPSR

Image

SELAMAT HARI GURU 2009

Image
Warga SK Lendu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik khususnya warga pendidik SK Lendu.

Selamat Hari Pekerja 2009

Image
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pendidik khasnya kepada warga pendidik SK Lendu : daripada Guru Penyelaras ICT.

MAJLIS PELANCARAN MINGGU BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2009

Image
Sesi Bergambar Guru Besar dan AJK PSS Guru Besar menandatangani papan perasmian Pelancaran Majlis Hari Buku Dan Hak Cipta Pada 27hb Mac yang lalu telah berlangsung Majlis Persamian Minggu Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2009 Peringkat Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Puan Normah bte Ismail. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis, Pertandingan Pembaca Terbanyak dan sebagainya. Minggu Buku ini adalah di bawah kelolaan Guru Media dan Perpustakaan iait Pn. Siti Haslinda bte Harun.