Posts

Selamat Menduduki UPSR 2017

Image
Seramai 52 Calon UPSR SKL Selamat menduduki UPSR kepada calon-calon semoga dapat keputusan  cemerlang. Aminn
Sebelum itu telah berlangsung satu majlis memohon keberkahan  dari hasil bertungkus lumus guru, pelajar serta ibubapa dalam persiapan  menduduki peperiksaan ini. Telah berlangsung majlis bacaan Yassin di Masjid Kg Lendu bersama ibubapa serta komuniti Kg Lendu. Terima kasih diucapkan dan sama-sama kita berdoa agar pelajar-pelajar  dapat menjawab ujian dengan Cemerlang.






Motivasi kecemerlangan UPSR 2017

Image
Motivasi Kecemerlangan & Pengurusan Stress UPSR Pada 17/08/2017 bertempat di makmal komputer SK Lendu telah  diadakan majlis untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar yang akan  menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis ini turut disertai dengan penjaga  murid-murid serta guru-guru tahun 6. Semoga dengan majlis ini dapat  memotivasikan pelajar kearah kecemerlangan yang bakal dicipta kelak. Terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru serta ajk bagi menjayakan  majlis ini.














Tahniah - Pasukan Senamrobik DR Muda SKL 2017

Image
NO 2 - Peringkat Alor Gajah Tahniah kepada pasukan Senamrobik SK Lendu diatas kejayaan memperolehi tempat kedua peringkat Daerah Alor Gajah. Juara berpihak  kepada SK Lesong Batu. Tahniah juga kepada jurulatih pasukan  Pn Norazliana, Pn Norzi serta Ustzh Siti Fatimah kerana menaikkan nama SKL.






Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Image
Merdeka 2017 Pada 7/8/17 telah diadakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan  peringkat sekolah. Terima kasih kepada AJK yang telah menjayakan  majlis ini.





KOKU

Image
Latihan ikhtiar hidup Pada 18/07/17 - semasa aktiviti KoKurikulum petang telah dijalankan sesi iktiar hidup untuk persediaan perkhemahan akan datang. Menu "ROTI" telah dipilih untuk  dijadikan latihan serta pendedahan kepada murid dengan pengawasan dari guru-guru.










Latihan kebakaran

Image
Latihan Kebakaran 2017 Pada 20/07/17 telah diadakan satu latihan kebakaran untuk  memastikan semua kakitangan serta pelajar bersiap-sedia  dengan kemungkinan jika berlakunya kecemasan di premis SK Lendu.