Posts

MAKLUMAN SARINGAN 1 LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) MENULIS TAHUN 2013

Image

Tahniah di atas perlantikan sebagai Penyelia Pra Sekolah PPD Alor Gajah.

Image
Pihak SK Lendu ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mazli Bin Malek di atas perlantikannya sebagai Penyelia Pra Sekolah di Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah mulai September 2012. Semoga beliau sukses dan tabah dalam menjalankan tugas-tugas barunya di PPD Alor Gajah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan beliau sepanjang berkhidmat di SK Lendu.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2012 KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6

Image
SK Lendu mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid tahun 6 2012. Pihak sekolah juga mengharapkan yang terbaik daripada semua murid serta fokus sepanjang peperiksaan UPSR. Selamat menjawab soalan dan semoga berjaya.

TAHNIAH PIBG SK LENDU

Image
Johan Pertandingan Pengurusan PIBG ( Kategori Sekolah Luar Bandar ) Negeri Melaka 2011

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS

Image
Kepada semua murid, sila layari laman web seperti di bawah  untuk menduduki ujian Permata Pintar. Ujian bermula mulai 01 Februari 2013 hingga 30 Mei 2013. Ujian boleh diakses secara atas talian di laman web berikut :- 1. http:www.permatapintar.edu.my 2. Portal Pejabat Pelajaran daerah Alor Gajah 3. Portal Jabatan Pelajaran Melaka. Semua murid adalah digalakkan menyertai ujian tersebut.  Sekian, Terima Kasih  

SELAMAT HARI GURU

Image
Warga SK Lendu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Lendu khususnya dan semua warga pendidik di seluruh negara amnya. "Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara "

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Image
Pihak sekolah mendoakan murid-murid SK Lendu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan semoga berjaya