Tahniah diucapkan kepada PIBG SK Lendu kerana telah dicalonkan dalam Pertandingan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Keputusannya PIBG SK Lendu hanya mendapat saguhati. Walaubagaimana pun PIBG SK Lendu merupakan antara 16 buah sekolah yang terbaik peringkat kebangsaan. Tahniah sekali lagi diucapkan.
Hari Kokurikulum Dan Kerjaya SK Lendu & PIBG SK Lendu 2012 Tarikh : 28 April 2012 ( Sabtu ) Masa : 9.00 pagi - 1.30 petang Tempat : Tempat Letak Kereta SK Lendu. Semua dijemput hadir...
Pihak sekolah menjalankan Ujian Bulanan Pertama bertarikh 6hb hingga 8hb Mac 2012 ( Selasa, Rabu dan Khamis ). Pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi ujian bulanan pertama kepada semua murid SK Lendu.
Pada 11 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu Sekolah Kebangsaan Lendu telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Dalam majlis tersebut pihak sekolah telah menjemput penceramah undangan dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak. Majlis yang dianjurkan telah berjalan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ajk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Warga SK Lendu mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Sepak Takraw SK Lendu kerana telah menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Thn Kawasan Alor Gajah. 2 org pemain kita telah dipilih mewakili Daerah Alor Gajah untuk peringkat negeri...Tahniah diucapkan...