Pada 17hb Ogos 2010 bersamaan hari Selasa, pihak sekolah telah melancarkan Program Kenali Makanan Rosak. Program ini telah disampaikan oleh Pn. Suzana bte Zainal Abidin ( Guru Kesihatan Sekolah ). Program ini bertujuan untuk mendidik murid-murid bagaimana cara mengenalpasti makanan yang telah rosak...
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Lendu telah diadakan pada 16 Ogos 2010 bertempat di Dataran SK Lendu. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Md Nasir Bin Md Said, Guru Besar SK Lendu.
Pihak Panitia Bahasa Inggeris SK Lendu dengan kerjasama UiTM Lendu telah menganjurkan Program English In Action pada 7hb Ogos 2010 ( Sabtu ). Program ini bertujuan untuk melatih murid dalam meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris.
Kami warga SK Lendu mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 keberkatan kepada kita semua. Amin... Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Perkhemahan Unit Beruniform 2010 Sekolah Kebangsaan Lendu telah diadakan pada 25,26 dan 27 Jun 2010 di Chalet Keluarga Kuala Linggi. Sk Lendu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Lendu kerana telah bersama menjayakan Program Perkhemahan Unit Beruniform di Chalet Keluarga. Banyak pengalaman manis semasa perkhemahan tersebut. Tahniah sekali lagi....