Posts

Salam Ramadhan

Image
Kami warga SK Lendu mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 keberkatan kepada kita semua. Amin... Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010

Image
Perkhemahan Unit Beruniform 2010 Sekolah Kebangsaan Lendu telah diadakan pada 25,26 dan 27 Jun 2010 di Chalet Keluarga Kuala Linggi. Sk Lendu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Lendu kerana telah bersama menjayakan Program Perkhemahan Unit Beruniform di Chalet Keluarga. Banyak pengalaman manis semasa perkhemahan tersebut. Tahniah sekali lagi....

SELAMA HARI GURU 2010

Image
SK Lendu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru SK Lendu dan juga guru-guru di Malaysia..."GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

SELAMAT HARI IBU

Image
SK Lendu mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu warga SK Lendu dan juga ibu-ibu di seluruh Malaysia... Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SELAMAT HARI PEKERJA 2010

Image
Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia dan khasnya kepada warga SK Lendu.

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA ULANGTAHUN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Image
Pada 24hb April 2010 bersamaan hari Sabtu pihak sekolah telah menghantar wakil dalam Pertandingan Mewarna Sempena Ulangtahun Majlis Perbandaran Alor Gajah. Alhamdulillah wakil kita iaitu adik Nur Suriya Bte Sabaruddin dari Tahun 6 Arif telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut. Seluruh warga SK Lendu mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau.

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS MINGGU 3 BULAN APRIL 2010

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 3 bulan April Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 2 Bestari dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Bestari. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Md. Nasir Bin Md. Said. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 2 Bestari Kelas 4 Bestari