Posts

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA ULANGTAHUN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Image
Pada 24hb April 2010 bersamaan hari Sabtu pihak sekolah telah menghantar wakil dalam Pertandingan Mewarna Sempena Ulangtahun Majlis Perbandaran Alor Gajah. Alhamdulillah wakil kita iaitu adik Nur Suriya Bte Sabaruddin dari Tahun 6 Arif telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut. Seluruh warga SK Lendu mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau.

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS MINGGU 3 BULAN APRIL 2010

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 3 bulan April Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 2 Bestari dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Bestari. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Md. Nasir Bin Md. Said. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 2 Bestari Kelas 4 Bestari

Kejohanan Bola Baling MSSM Negeri Melaka 2010

Image
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola bal ing perempuan dan lelaki sekolah kita kerana telah berjaya mendapat tempat ke 3 dan 4 di mana pasukan perempuan telah mendapat tempat ke 4 setelah kalah kepada SK Lereh ( 1-4 ) manakala pasukan lelaki telah mendapat tempat ke 3 dengan menewaskan SK Pernu ( 5-2 ). Tahniah diucapkan kerana mengharumkan nama SK Lendu dan tidak lupa juga kepada Pengurus Pasukan dan Jurulatih.... Disamping itu 3 orang wakil sekolah kita telah tersenarai untuk mewakili Melaka iaitu 2 orang lelaki dan 1 orang perempuan. Tahniah sekali lagi diucapkan.

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS MINGGU 2 BULAN APRIL 2010

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 2 bulan April Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 5 Arif. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Md. Nasir Bin Md. Said. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 3Arif Kelas 5 Arif

KEJOHANAN MSSMNM 2010

Image
Tahniah diucapkan kepada adik Nurfatihah Bte Kamarul Amran kerana telah berjaya mendapat pingat perak dalam acara Lontar Peluru ( P ) Bawah 12 tahun dalam Kejohanan Olahraga MSSMNM 2010 yang telah diadakan baru-baru ini. Pihak sekolah turut berbangga dengan pencapaian ini dan tahniah sekali lagi kepada adik Nurfatihah Bte Kamarul Amran kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada adik Nurfatihah

MAJLIS PERPISAHAN GURU PELATIH IPPM

Image
Pada 16hb April 2010 bersamaan hari Jumaat jam 10.30 pagi pihak sekolah telah mengadakan Jamuan Perpisahan bertempat di Cafe D'Lendu untuk meraikan hari terakhir guru pelatih IPPM iaitu Cik Siti Nadia bte Mohamad dan Cik Azrina Zarifah bte Zainal. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengajar dan mendidik anak-anak di SK Lendu...Sesungguhnya jasa kalian tidak dapat kami membalasnya.

UJIAN BULANAN KE DUA

Image
Pihak sekolah menjalankan Ujian Bulanan Kedua bertarikh 7hb hingga 9hb April 2010 ( Rabu, Khamis dan Jumaat ). Pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi ujian bulanan kedua kepada semua murid SK Lendu.