Posts

KEJOHANAN MSSMNM 2010

Image
Tahniah diucapkan kepada adik Nurfatihah Bte Kamarul Amran kerana telah berjaya mendapat pingat perak dalam acara Lontar Peluru ( P ) Bawah 12 tahun dalam Kejohanan Olahraga MSSMNM 2010 yang telah diadakan baru-baru ini. Pihak sekolah turut berbangga dengan pencapaian ini dan tahniah sekali lagi kepada adik Nurfatihah Bte Kamarul Amran kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada adik Nurfatihah

MAJLIS PERPISAHAN GURU PELATIH IPPM

Image
Pada 16hb April 2010 bersamaan hari Jumaat jam 10.30 pagi pihak sekolah telah mengadakan Jamuan Perpisahan bertempat di Cafe D'Lendu untuk meraikan hari terakhir guru pelatih IPPM iaitu Cik Siti Nadia bte Mohamad dan Cik Azrina Zarifah bte Zainal. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengajar dan mendidik anak-anak di SK Lendu...Sesungguhnya jasa kalian tidak dapat kami membalasnya.

UJIAN BULANAN KE DUA

Image
Pihak sekolah menjalankan Ujian Bulanan Kedua bertarikh 7hb hingga 9hb April 2010 ( Rabu, Khamis dan Jumaat ). Pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi ujian bulanan kedua kepada semua murid SK Lendu.

PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPD ALOR GAJAH

Image
Pada 6hb Mac 2010 ( Selasa ) pihak PPD Alor Gajah telah mengadakan pemantauan berkelompok di SK Lendu. Para pegawai PPD seramai 10 orang telah datang memantau perjalanan sekolah, menyemak fail-fail panitia, Q-net dan sebagainya. Alhamdulillah semua guru telah memberikan kerjasama dan pemantauan telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Alor Gajah dan tahniah kepada semua warga SK Lendu. Semoga SK Lendu menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang di daerah Alor Gajah.

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU 4 BULAN MAC 2010

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 4 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 2 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Arif. Hadiah telah disampaikan oleh GPK 1 Tn Hj. Mat Jelan B. Saadan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 2 Arif Kelas 4 Arif

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU 3 MAC

Image
Kelas 4B Kelas 3 A Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 3 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Bestari. Hadiah telah disampaikan oleh GPK 1 Tn Hj. Mat Jelan B. Saadan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2010

Image
Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada 27 Mac 2010 ( Sabtu ). Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Banyak acara yang diadakan . Antaranya ialah perarakan, ceramah agama dan juga memasak bubur asyura. Program ini diadakan dengan penuh meriah sekali. Tahniah kepada semua warga SK Lendu atas kerjasama yang diberikan.