Posts

PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPD ALOR GAJAH

Image
Pada 6hb Mac 2010 ( Selasa ) pihak PPD Alor Gajah telah mengadakan pemantauan berkelompok di SK Lendu. Para pegawai PPD seramai 10 orang telah datang memantau perjalanan sekolah, menyemak fail-fail panitia, Q-net dan sebagainya. Alhamdulillah semua guru telah memberikan kerjasama dan pemantauan telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Alor Gajah dan tahniah kepada semua warga SK Lendu. Semoga SK Lendu menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang di daerah Alor Gajah.

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU 4 BULAN MAC 2010

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 4 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 2 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Arif. Hadiah telah disampaikan oleh GPK 1 Tn Hj. Mat Jelan B. Saadan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 2 Arif Kelas 4 Arif

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU 3 MAC

Image
Kelas 4B Kelas 3 A Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 3 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Bestari. Hadiah telah disampaikan oleh GPK 1 Tn Hj. Mat Jelan B. Saadan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2010

Image
Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada 27 Mac 2010 ( Sabtu ). Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Banyak acara yang diadakan . Antaranya ialah perarakan, ceramah agama dan juga memasak bubur asyura. Program ini diadakan dengan penuh meriah sekali. Tahniah kepada semua warga SK Lendu atas kerjasama yang diberikan.

Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas Minggu 2 Bulan Mac

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 2 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 2 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 6 Arif. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Tn. Hj. Md Nasir b. Md Said. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 2 Arif Kelas 6 Arif

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6 2010

Image
Pihak sekolah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR untuk murid-murid Tahun 6. Bengkel ini diadakan pada 13, 15, 16, dan 17hb Mac ( Sabtu, Isnin, Selasa dan Rabu ). Penceramah dari luar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah untuk persediaan murid-murid Tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Diharapkan dengan adanya bengkel ini murid-murid Tahun 6 dapat menerima maklumat-maklumat baru serta membuat persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

SELAMAT BERCUTI

Image
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga SK Lendu sempena Cuti Pertengahan Penggal. Sekolah akan bercuti pada 13hb Mac hingga 21hb Mac 2010.