Posts

PROGRAM MINGGU SEMARAK BAHASA SEMANGAT BANGSA

Image
Pada 11 September yang lepas bersamaa hari Jumaat yang lepas pihak sekolah telah mengadakan Program Minggu Semarak Bahasa Semangat Bangsa. Program ini dilaksanakan bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan warga sekolah khususnya murid-murid bersempena dengan bulan kemerdekaan. Disamping itu, ia dilihat sebagai satu landasan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai medium menerapkan nilai-nilai murni. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan mewarna, mendeklamasikan sajak, nyanyian koir dan sebagainya.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2009

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Warga SK Lendu mengucapkan semoga berjaya kepada murid-murid Tahun Enam SK Lendu yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Warga SK Lendu sentiasa mendoakan kejayaan anda semua...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52

Image
Warga SK lendu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52...kepada semua rakyat Malaysia........Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!.....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

H1N1

Image
INFLUENZA A ( H1NI ) Influenza A ( H1N1) adalah penyakit akut yang berjangkit daripada manusia kepada manusia. TANDA-TANDA : Demam - Batuk - Sakit Tekak -Sakit Kepala - Sakit-sakit Badan - Sesak Bernafas - Kurang selera makan - badan berasa sejuk dan lesu. CARA JANGKITAN : Permukaan yang dicemari virus Influenza A (H1N1) - Hubungan langsung dengan manusia yang dijangkiti PENCEGAHAN DAN CARA PERLINDUNGAN DIRI Tutup mulut & hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang tercemar Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah Pakai penutup mulut dan hidung (mask) ketika dijangkiti Influenza A (H1N1) Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A (H1N1) Dapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mempunyai tanda-tanda Influenza A (H1N1...

PROGRAM BAHASA INGGERIS BERSAMA UiTM LENDU

Image
Pada 1hb Ogos 2009 ( Sabtu ) bertempat di SK Lendu. Satu program Bahasa Inggeris telah dijalankan oleh pihak sekolah bersama pihak UiTM Lendu. Program tersebut telah disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 iaitu seramai 60 orang. Manakala pihak UiTM Lendu pula diwakili oleh pensyarah dan pelajar-pelajar jurusan TESL. Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan murid-murid SK Lendu. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dan program tersebut berakhir pada jam 4.30 petang.

PROGRAM RIMUP 2009

Image
Pada 3ohb Julai 2009 ( Khamis ) SK Lendu telah menjalankan Program RIMUP bersama SKJC Lendu. Program tersebut telah dijalankan di SJKC Lendu. Murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 5. Antara aktiviti yangdijalankan ialah aktiviti kuiz, mewarna dan lain-lain lagi. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kaum dan program ini telah dijalankan dengan sempurnanya.