Posts

PROGRAM RIMUP 2009

Image
Pada 3ohb Julai 2009 ( Khamis ) SK Lendu telah menjalankan Program RIMUP bersama SKJC Lendu. Program tersebut telah dijalankan di SJKC Lendu. Murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 5. Antara aktiviti yangdijalankan ialah aktiviti kuiz, mewarna dan lain-lain lagi. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kaum dan program ini telah dijalankan dengan sempurnanya.

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE 5

Image
Pada 25hb Julai 2009 ( Sabtu ) Sekolah Kebangsaan Lendu telah mengadakan Kursus LADAP kali ke 5. Tajuk LADAP kali ini ialah Aplikasi EDUWEB TV Dalam P&P yang telah disampaikan oleh Encik Nor Kahar Bin Mohamed ( Pegawai BTPN Melaka ). Kursus yang dijalankan telah memberikan banyak input kepada para guru bagaimana hendak mengaplikasikan penggunaan EDUWEB TV dalam P&P. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah menganjurkan kursus seperti ini.

MINGGU PANITIA AGAMA ISLAM DAN SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Image
Pihak Panitia Agama Islam telah menganjurkan Minggu Panitia Agama Islam dan Sambutan Israk Mikraj bermula pada 14hb hingga 24 Julai 2009. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah Pertandingan Mewarna Khat, Bacaan Cerita Pendek ( Jawi ), Bercerita Pendek dan Soal Jawab Bahasa Arab, Ejaan Jawi dan diakhiri dengan ceramah Sambutan Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Guru Pakar sekolah ini iaitu Tn. Hj. Mat Pahlawi b. Kamit.

KEMPEN BULAN KECERGASAN 2009

Image
Pada 13hb Julai yang lalu bersamaan hari Isnin. Satu kempen telah dilancarkan oleh Puan Guru Besar, Puan Normah bte Ismail. Kempen yang telah dirasmikan oleh beliau ialah Kempen Bulan Kecergasan yang bertemakan "Kecergasan Membina Kecemerlangan Minda" . Banyak aktiviti yang akan dijalankan sempena bulan kecergasan ini. Antaranya ialah Senamrobik, Pertandingan Buku Skrap, Perlawanan Bola Sepak, Bola Jaring, Antara Rumah Sukan dan lain-lain lagi Publish Post

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP 4 )

Image
Pada 11hb Julai 2009 ( Sabtu ) pihak sekolah telah menjalani LADAP kali ke 4. Latihan ini telah diadakan di Bilik Gerakan SK Lendu. Sesi Latihan ini terbahagi kepada 2 iaitu Pengurusan Panitia dan juga Bengkel Komunikasi Dalam Bahasa Inggeris. Pengurusan Panitia telah disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Normah bte Ismail manakala Bengkel Komunikasi Dalam Bahasa Inggeris telah disampaikan oleh Encik Ishak B. Ismail Pensyarah Kanan Akademi Bahasa UiTM Lendu. Kursus ini bermula pada 7.45 pagi hingga 2.00 petang. Sepanjang kursus dilihat ramai guru yang berminat untuk mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah. Tahniah diucapkan kepada semua guru SK Lendu.

TAHNIAH SUDUT PPDa MENDAPAT TEMPAT KE TIGA

Seluruh warga SK Lendu mengucapkan tahniah kepada semua warga kerja Sudut PPDa SK Lendu kerana telah mendapat tempat ke tiga dalam daerah Alor Gajah . Terutamanya kepada Pn. Suzana bte Zainal Abidin dan ahli jawatan kuasa yang lain atas kerja keras mereka untuk memperindahkan sudut tersebut. Tahniah sekali lagi diucapkan.

KURSUS LADAP 3

Image
Pada 20hb Jun 2009 ( Sabtu ) jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. SK Lendu telah mengadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Ke 3 yang diadakan di Bilik Gerakan SK Lendu. Tajuk kursus tersebut ialah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan dan juga Pengurusan Bilik Darjah. Kursus tersebut telah disampaikan oleh En. Yazid ( Jemaah Nazir Negeri Melaka )