Posts

Showing posts from August, 2017

Motivasi kecemerlangan UPSR 2017

Image
Motivasi Kecemerlangan & Pengurusan Stress UPSR Pada 17/08/2017 bertempat di makmal komputer SK Lendu telah  diadakan majlis untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar yang akan  menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis ini turut disertai dengan penjaga  murid-murid serta guru-guru tahun 6. Semoga dengan majlis ini dapat  memotivasikan pelajar kearah kecemerlangan yang bakal dicipta kelak. Terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru serta ajk bagi menjayakan  majlis ini. Ibubapa lapor diri di urusetia Ibubapa bersama anak mereka. Pn Zashila bt Aziz - mempengurusikan majlis Ustd Jasmi b Muhammad memulakan majlis dengan bacaan doa Guru Besar - En Bahrin b Pakiri memberikan ucapan  Barisan guru-guru yang mengajar tahun 6 Turut disertakan slip percubaan peperiksaan kepada pelajar oleh guru kelas  Aktiviti tambahan bagi menaikan semangat calon-calon 

Tahniah - Pasukan Senamrobik DR Muda SKL 2017

Image
NO 2 - Peringkat Alor Gajah Tahniah kepada pasukan Senamrobik SK Lendu diatas kejayaan memperolehi tempat kedua peringkat Daerah Alor Gajah. Juara berpihak  kepada SK Lesong Batu. Tahniah juga kepada jurulatih pasukan  Pn Norazliana, Pn Norzi serta Ustzh Siti Fatimah kerana menaikkan nama SKL.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Image
Merdeka 2017 Pada 7/8/17 telah diadakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan  peringkat sekolah. Terima kasih kepada AJK yang telah menjayakan  majlis ini.