Posts

Showing posts from July, 2017

KOKU

Image
Latihan ikhtiar hidup Pada 18/07/17 - semasa aktiviti KoKurikulum petang telah dijalankan sesi iktiar hidup untuk persediaan perkhemahan akan datang. Menu "ROTI" telah dipilih untuk  dijadikan latihan serta pendedahan kepada murid dengan pengawasan dari guru-guru.

Latihan kebakaran

Image
Latihan Kebakaran 2017 Pada 20/07/17 telah diadakan satu latihan kebakaran untuk  memastikan semua kakitangan serta pelajar bersiap-sedia  dengan kemungkinan jika berlakunya kecemasan di premis SK Lendu. Murid PRA sekolah teruja pertama kali dengan latihan kebakaran. Murid berkumpul di padang sekolah seperti dalam pelan kebakaran yang telah ditetapkan pentadbir. Guru mengira jumlah pelajar, kesemua dilaporkan selamat. GPK HEM - memberi taklimat ringkas kepada murid-murid

Pelancaran Minggu Bahasa Melayu

Image
Pelancaran Minggu Bahasa Melayu SKL Pada 21/07/17 - telah diadakan Majlis pelancaran bulan membaca  peringkat sekolah. Terima kasih kepada AJK yang terlibat menjayakan majlis ini. Diharap dengan adanya program ini murid-murid dapat  mempraktikkan membaca sebagai budaya di sekolah dan dimana sahaja. Guru besar merasmikan majlis Cikgu Suzana mempengerusikan majlis  Wakil persembahan dari kelas 5 Arif Tidak ketinggalan - Jemputan maskot `MILO` juga memeriahkan majlis GPK HEM - Terima sumbangan dari maskot MILO. Pra Sekolah  Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Jamuan Hari Raya Pra Sekolah

Image
Jamuan raya Pra Sekolah Pada 12/07/2017 - telah diadakan sedikit jamuan sempena  menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kepada  guru-guru dan staff serta ibubapa pelajar yang telah menjayakan  aktiviti ini.

LADAP - FROG Play

Image
LADAP - FROG PLAY Bertempat di makmal komputer SK Lendu telah  diadakan bengkel untuk guru-guru dan staff berkaitan dengan penggunaan  serta kelebihan Frog Play. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azmawi  selaku penceramah. Moga semua mendapat manfaat dari bengkel ini  untuk diaplikasikan pada murid dalam PdP.