PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA ULANGTAHUN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Pada 24hb April 2010 bersamaan hari Sabtu pihak sekolah telah menghantar wakil dalam Pertandingan Mewarna Sempena Ulangtahun Majlis Perbandaran Alor Gajah. Alhamdulillah wakil kita iaitu adik Nur Suriya Bte Sabaruddin dari Tahun 6 Arif telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut. Seluruh warga SK Lendu mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau.