Posts

Showing posts from April 7, 2010

PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPD ALOR GAJAH

Image
Pada 6hb Mac 2010 ( Selasa ) pihak PPD Alor Gajah telah mengadakan pemantauan berkelompok di SK Lendu. Para pegawai PPD seramai 10 orang telah datang memantau perjalanan sekolah, menyemak fail-fail panitia, Q-net dan sebagainya. Alhamdulillah semua guru telah memberikan kerjasama dan pemantauan telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Alor Gajah dan tahniah kepada semua warga SK Lendu. Semoga SK Lendu menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang di daerah Alor Gajah.

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU 4 BULAN MAC 2010

Image
Pihak Panitia PJK dan SK Lendu telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2.Bagi minggu 4 bulan Mac Kategori Tahap 1 dimenangi oleh kelas 2 Arif dan Kategori Tahap 2 dimenangi oleh Kelas 4 Arif. Hadiah telah disampaikan oleh GPK 1 Tn Hj. Mat Jelan B. Saadan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang... Kelas 2 Arif Kelas 4 Arif