Posts

Showing posts from March 11, 2010

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK LENDU 2010

Image
Pada hari Selasa 9 Mac 2010, telah berlangsungnya temasya olahraga tahunan Sekolah Kebangsaan Lendu. Temasya yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang itu berlansung di padang SK Lendu. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Yang Di Pertua PIBG sekolah iaitu Encik Yahya Bin Indot dan perasmian penutup dilakukan oleh Pegawai Pelajaran Derah Alor Gajah. Pada tahun ini, Rumah Kuning telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dikuti rumah Biru sebagai naib juara seterusnya rumah Hijau dan Merah. Olahragawan dan olahragawati 2010 pula masing-masing disandang oleh adik Amir Najmudin dan adik Haziqah, kedua-duanya dari rumah Hijau. Tahniah kepada semua yang menjayakan temasya ini terutama kepada AJK PIBG yang yang turun padang sebagai pegawai sukan jemputan, para penderma, ibu bapa dan semua peserta serta para guru. Semoga berjumpa lagi pada temasya yang akan datang.