Posts

Showing posts from September, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2010

Image
SK Lendu mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010 kepada semua murid Tahun 6. Warga SK Lendu mendoakan kejayaan anda semua. LENDU BOLEH...

MAJLIS RESTU MURID-MURID UPSR 2010

Image
Pada 20hb September 2010 bersamaan hari Isnin jam 8.30 pagi telah diadakan Majlis Restu untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan bermula esok.

MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT & MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2010

Image
Pada Hari Rabu bersamaan 15hb September 2010 pihak sekolah telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat & Motivasi Keibubapaan untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis dimulakan pada pukul 5.00 petang dan berakhir jam 10.00 malam. Antara tetamu yang hadir ialah YDP PIBG SK Lendu dan AJK-AJK. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada para penyumbang dalam menjayakan majlis ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 2010

Image
Warga SK Lendu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh warga SK Lendu dan umat Islam di Malaysia.....

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA MURID-MURID MISKIN DAN YATIM 2010

Image
Pada 3hb September 2010 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan SK Lendu satu majlis diadakan iaitu Majlis Penutup Ihya' Ramadhan dan Bantuan Hari Raya Kepada Murid-Murid Miskin & Yatim. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Bacaan Yassin ,Khatam Quran, Penyampaian Hadiah Sepanjang Aktiviti Bulan Ramadhan dan Bantuan Hari Raya. Warga SK Lendu mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang sudi memberi sumbangan.

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 Peringkat Sekolah 2010

Image
SK Lendu telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 Peringkat Sekolah pada 30hb Ogos bersamaan hari Isnin bertempat di Dataran SK Lendu dan Dewan SK Lendu. Pelbagai aktiviti diadakan sepeti pertandingan mendeklamasikan sajak, pakaian beragam, pertandingan mewarna dan banyak lagi...