Posts

Showing posts from May 15, 2009

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH AWAL Sekolah Kebangsaan Lendu, diasaskan oleh Datuk Penghulu Kassim bin Hj.Kasan. Nama sekolah Kebangsaan Lendu ini diambil bersempena dengan nama sejenis ikan yang dipanggil 'Ikan Lundu' Di suatu ketika dahulu ikan ini banyak terdapat di dalam sungai di kampung ini. SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH . a. Bangunan sebelum merdeka. Bangunan sekolah yang pertama didirikan dalam tahun 1928 mengandungi 3 bilik darjah dengan keluasan 80 kaki x 20 kaki persegi. Merupakan bangunan separuh kekal. Terdapat juga sebuah rumah guru. Tenaga pengajar ketika itu seramai 4 orang dan muridnya seramai 80 orang. b. Bangunan selepas merdeka. Bangunan baru telah didirikan dalam tahun 1973 / 1974 iaitu bangunan kekal . Mengandungi 6 bilik darjah, 1 bilik guru, 1 pejabat, kantin, setor, tandas murid dan guru, pagar sekolah dan bekalan air paip. Pada tahun 2004, kerajaan telah meluluskan pembinaan makmal komputer. Makmal komputer ini dilengkapi dengan 13 buah komputer beserta rangkaia

Lokasi SK Lendu

Image
Sekolah Kebangsaan Lendu terletak di tengah-tengah Kampung Lendu,dalam daerah Alor Gajah. Jarak 7km dari pekan Alor Gajah, 8 km dari Pekan Masjid Tanah dan 28 km dari Bandar Melaka. Keluasan sekolah 4 ekar 2r 04 p.